Home > School Admins > Pendaftaran ahli kadet dan junior

Pendaftaran ahli kadet dan junior


1. Layari laman MRCS Community (https://mrcscommunity.org.my/).

2. Klik ‘Log in’ untuk log masuk.

3. Masukkan emel dan kata laluan anda.

4. Klik menu di sebelah kanan atas. Pilih ‘School Admin Portal’.

5. Klik ‘Import Cadets & Juniors’ bawah menu Community.

6. Klik ‘Download Template’ untuk memuat turun templat pengisian.

7. Padamkan contoh data dalam row 2 hingga 5.

Jangan ubah tajuk lajur!

8. Mengikut contoh, masukkan data ahli seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel, jantina dan kewarganegaraan.

Tips untuk pengisian:

  • Dapatkan nama, nombor kad pengenalan daripada sistem maklumat murid seperti APDM. Boleh isi dalam semua huruf besar.
  • Emel boleh guna emel peribadi murid ataupun emel yang dibekalkan oleh sekolah seperti DELIMa.
  • Boleh masukkan formula berikut di cell D2 untuk pengisian jantina secara automatik berdasarkan kad pengenalan:
=IF(ISODD(RIGHT(B2,1)),"male","female")
  • Drag cell tersebut supaya formulanya disalin ke seluruh lajur.


Untuk Bukan Warganegara:
  • Pada lajur nric, isikan tarikh lahir (format YYMMDD) diikuti dengan nombor dokumen supaya tarikh lahir dapat ditangkap oleh sistem.
Contoh:
Tarikh lahir: 08 Mei 2001
No. pasport: A19482023
Masukkan: 010508A19482023
  • Pada lajur nationality, isikan nama negara asal dalam bahasa Inggeris.


9. Save file tersebut. Pastikan formatnya tidak berubah, iaitu .csv.

10. Di paparan Import, Klik ‘Add File’.

11. Pilih fail .csv yang telah disimpan.

12. Semak data yang diimport, pastikan bilangan tepat dan tiada kesilapan data.

13. Klik ‘Review & Pay’.

14. Semak keterangan bayaran, klik ‘Proceed to Payment’.

15. Pilih kaedah pembayaran yang dikehendaki. Terdapat pilihan perbankan internet, kad kredit/debit dan e-dompet.

Jika memilih untuk bayaran secara cek, sila keluarkan cek atas nama 'PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA', depositkan cek tersebut di Maybank dengan maklumat berikut:

Nama Akaun: PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

No. Akaun: 5144 2210 7228

Selepas itu, muat naik slip deposit di Google Form ini.

Untuk pembayaran menggunakan cek, langkah seterusnya hanya akan dijalankan selepas pihak kami selesai menyemak.

16. Lengkapkan proses pembayaran.

17. Paparan akan kembali ke sistem selepas pembayaran berjaya.

18. Sila tunggu lebih kurang 10 minit untuk membenarkan proses import selesai. Klik ‘Cadets & Juniors Members’ untuk melihat semua ahli yang didaftarkan bawah unit sekolah.

19. Murid boleh log masuk sistem menggunakan alamat emel yang didaftarkan dan nombor kad pengenalan tanpa sempang sebagai kata laluan sementara. Murid akan diminta untuk menetapkan kata laluan baharu pada log masuk kali pertama. Rujuk sini untuk caranya.

Can't find the answers you're looking for? We're here to help.

Contact MRCS Support